JANGAN LUPA SOLAT

MARI KITA BERDOA

YA ALLAH, rahmatilah TETAMU BLOG ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki tetamu blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia, Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh. Ya Allah, tolonglah kami dalam mengingatiMu, tolonglah kami untuk bersyukur kepadaMu dan Ya Allah, Tolonglah kami memperbaiki ibadah kami.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami kerana gagal melaksanakan segala perintahMu dan Ya Allah, ampunkanlah dosa kami kerana menjadi hamba yang gagal dalam mencegah kemungkaran. Ya Allah selamatkanlah kami dari segala macam balasanMu sebagaimana engkau selamatkan Nabi Lut sewaktu engkau memusnahkan umatnya. Ya Allah kurniakanlah kepada kami semangat, kekuatan dan kelapangan waktu dalam beribadah kepadaMu.


DOA MENGHINDAR H1N1

MARI RAMAIKAN SINI



Friday, November 20, 2009

Fadhilat Ibadah Qurban




Fadhilat ibadah Qurban amat besar, antaranya:


1. Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah SAW:

Maksudnya: "Qurban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".
(Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

2. Sebagai penebus dosa. Sabda Rasullah SAW kepada Sayyidatina Fatimah:

Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi qurban mu dan saksikanlah ia,  sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas  dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

3. Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah SAW:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah qurban dengan mengharapkan pahala  daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah qurban itu jika ia  tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza  Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)

Rasulullah SAW pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal  yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih  qurban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat  yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu
buat qurban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)


4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat  al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: "Muliakanlah  qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada hari kiamat .


Selamat Menunaikan Ibadah Qurban

No comments:

Post a Comment