JANGAN LUPA SOLAT

MARI KITA BERDOA

YA ALLAH, rahmatilah TETAMU BLOG ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki tetamu blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia, Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh. Ya Allah, tolonglah kami dalam mengingatiMu, tolonglah kami untuk bersyukur kepadaMu dan Ya Allah, Tolonglah kami memperbaiki ibadah kami.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami kerana gagal melaksanakan segala perintahMu dan Ya Allah, ampunkanlah dosa kami kerana menjadi hamba yang gagal dalam mencegah kemungkaran. Ya Allah selamatkanlah kami dari segala macam balasanMu sebagaimana engkau selamatkan Nabi Lut sewaktu engkau memusnahkan umatnya. Ya Allah kurniakanlah kepada kami semangat, kekuatan dan kelapangan waktu dalam beribadah kepadaMu.


DOA MENGHINDAR H1N1

MARI RAMAIKAN SINI



Tuesday, November 24, 2009

BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE



BANTUAN KECEMASAN UNTUK

PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE

Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada  di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan  merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angina ahmar yang  boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera. Risalah ini  diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan  mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakanrakan  anda terkena penyakit ini suatu hari nanti.

Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya  dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh  diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.
Bapa saya meninggal dunia akibat penyakit angin ahmar 3 tahun lalu setelah terlantar  lumpuh selama sebulan. Masa itu saya tidak tahu apa-apa tentang rawatan kecemasan  untuk pesakit angin ahmar.

Walau bagaimanapun masih belum terlewat untuk kita kongsi bersama. Sila baca dan  sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Yayasan AMAL tidak  mempunyai ramai sekarelawan perubatan bagi memenuhi permintaan rawatan dari  masyarakat setempat. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda  melakukannya sendiri.

Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya  menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru  terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri, pertama sekali anda jangan panik dan  bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, jangan alihkan ke  tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di
otak mangsa terus pecah. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya  tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.

Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju  yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan  berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1 mm dalamnya,  seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah  jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan  setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.

Jika berlaku perubahan betuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian  cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah.  Beberapa minit kemudian Insya Allah, mangsa akan sedar semula.  Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital.

Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital  secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa  pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini  berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun  dia mampu berjalan semula.

”Saya belajar tentang menitiskan darah bagi menyelamatkan nyawa dari seorang  doctor tradisional Cina bernama Ha Bu-Tung yang tinggal di Sun-Juke. Selain itu  saya juga berpengalaman mempraktikkannya. Sebab itu saya yakin cara ini adalah  berkesan 100%” menurut seorang pengamal kaedah rawatan ini. Tambah beliau lagi

”Pada tahun 1979, ketika itu saya sedang mengajar di Kolej Fung-Gaap dekat Tai-  Chung. Tiba-tiba seorang guru lain berlari ke kelas saya dan mengadu; “En. Liu, penyelia kami diserang angin ahmar!.”

Saya pun bergegas ke bilik beliau di tingkat 3. Saya lihat penyelia kami, En.Chen Fu- Tien, telah menjadi pucat, percakapannya tak difahami, dan ada tanda-tanda serangan  angin ahmar. Saya segera menyuruh pelajar saya membeli jarum suntikan di farmasi  dan terus menyuntik jari-jarinya. Apabila kesemua 10 jarinya menitiskan darah, (setiap jari setitis darah), selang beberapa minit muka En Chen kembali kemerahan
dan dia membuka matanya.

Malangnya mulut beliau masih belum normal, jadi saya menarik telinganya untuk mengalirkan darah ke situ. Bila telinganya kemerahan, saya menyucuk kedua-dua  telinganya sehingga menitiskan 2 titik darah. Selepas 3-5 minit, bentuk mulutnya  kembali normal dan percakapannya kembali jelas. Kami memberikan dia secawan teh  panas, merehatkannya seketika sebelum membawanya ke Hospital Wei Wah.

Dia ditahan semalaman dan dibenarkan keluar keesokan harinya untuk terus bertugas di sekolah. Keadaan beliau kembali seperti biasa, tiada apa-apa kesan angin ahmar.

Kebiasaanya mangsa angin ahmar yang mengalami pendarahan di otak dalam perjalanan ke hospital adalah sukar untuk dipulihkan seperti sediakala. Angin ahmar  adalah antara penyebab utama kematian. Mereka yang bernasib baik dipanjangkan  umur tetapi kebanyakannya lumpuh sehingga akhir hayat.

Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya  segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala. Diharapkan kaedah bantuan  kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MAUT DAN SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MENGHADAPI MAUT.
 
DITERBITKAN OLEH : URUSETIA AMAL KEMASEK

PT758 TINGKAT 1, BANGUNAN SEDC, KEMASEK 24200 KEMAMAN, TERENGGANU D.IMAN
TEL: 09-8662230 FAX: 09-8662231 EMAIL: info@amalmalaysia.net

No comments:

Post a Comment