JANGAN LUPA SOLAT

MARI KITA BERDOA

YA ALLAH, rahmatilah TETAMU BLOG ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki tetamu blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia, Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh. Ya Allah, tolonglah kami dalam mengingatiMu, tolonglah kami untuk bersyukur kepadaMu dan Ya Allah, Tolonglah kami memperbaiki ibadah kami.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami kerana gagal melaksanakan segala perintahMu dan Ya Allah, ampunkanlah dosa kami kerana menjadi hamba yang gagal dalam mencegah kemungkaran. Ya Allah selamatkanlah kami dari segala macam balasanMu sebagaimana engkau selamatkan Nabi Lut sewaktu engkau memusnahkan umatnya. Ya Allah kurniakanlah kepada kami semangat, kekuatan dan kelapangan waktu dalam beribadah kepadaMu.


DOA MENGHINDAR H1N1

MARI RAMAIKAN SINI



Saturday, March 6, 2010

IMAM AS-SYAFIE ULAMA SEPANJANG ZAMAN


Oleh Yang Berbahagia Ustaz Mat Esa Bin Deraman


IMAM AS-SYAFIE ULAMA SEPANJANG ZAMAN

Imam As-Syafie merupakan seorang tokoh yang agung. Kelu lidah ini bagi menerangkan kemuliaannya, lenguh qalam menari di atas kertas untuk mencoretkan akan kehebatannya. salah seorang daripada pemimpin mazhab empat yang menjadi bukti kepada karamahnya yang berpanjangan dan berterusan. Diakui oleh lawan dan kawan tentang kemulian dan kehebatannya sehingga menjadi kekaguman semua umat di zamannya dan zaman selepasnya.

Nama sebenar beliau ialah Abu Abdillah, Muhammad bin Idris bin Abbas bin Ustman bin syafie' bin Saib bin Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abd Muttalib. Dilahirkan pada 150H dan wafat pada 204H pada usianya 54 tahun. Berketurunan Quraisy bertemu dengan keturunan Rasulullah melalui moyangnya yang bernama Abd Manaf. Keturunan yang mulia ditambahi dengan ilmu yang memenuhi bumi, menjadi ikutan ummat sepanjang zaman. Kewafatan Imam adalah musibah ummat.

Diceritakan bahawa seorang bermimpi pada malam kewafatan As-Syafie bahawa Rasulullah s.a.w wafat pada malam itu, yang menyebabkan kesedihan manusia. Ar-Rabi' bermimpi bahawa Nabi Adam a.s. wafat, maka dia bertanya kepada orang alim dalam bidang ta'bir mimpi, katanya: "Ini adalah tanda bahawa akan mati orang yang paling alim". Tidak lama selepas itu Imam as-Syafie wafat. Seolah-olah kewafatan As-Syafie sama seperti kewafatan Nabi Muhammad s.a.w dan Nabi Adam a.s.

Imam As-Syafie mempunyai keperibadian yang unggul dan hebat. Disamping keilmuannya yang tidak dapat dicabar, sifat pemurahnya dan rendah diri kepada semua manusia. Beliau juga seorang yang berani mempertahankan kebenaran dan lantang dalam menegakkan agama Islam. Apa yang menariknya kemunculannya menyatukan dua aliran yang berbeza. Aliran yang mengutamakan akal yang dikenali sebagai Ahlu Ra'yi dan aliran hadis yang dikenali sebagai Ahlu Hadis.

Ramai Ulama' berusaha untuk memperincikan latar belakang hidup beliau antaranya Imam Daud Az-Zahiri, As-Saji, Imam Darul Qutni, Al-Aajuri, Ar-Razi, Imam Baihaqi dan banyak lagi. Antara karangan termoden ialah apa yang ditulis oleh Imam Abu Zahrah. Beliau meninggalkan ratusan kitab yang menjadi pedoman kepada semua para alim ulama'. Yang paling tersohor ialah kitan Al-Um, Ar-Risalah, Ahkamul Quran, Al-Hujjah dan lain-lain lagi.

Antara kata-katanya yang masyhur ialah:

Menuntut ilmu lebih mulia daripada ibadat sunat

Siapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang inginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu

Ibadat yang paling hampir kepada Allah selepas perkara wajib ialah menuntut ilmu.

Hiasan ilmu ialah wara' dan lemah lembut

Ilmu yang sebenar bukannya yang dihafaz tetapi yang memberi manfaat

Perdebatan dalam ilmu mengeraskan hati dan menimbulkan dendam

Sesiapa yang tidak dimuliakan dengan takwa maka tiada kemulian baginya

Kebaikan dunia dan akhirat pada lima perkara; Kaya jiwa, menahan diri daripada melakukan penganiayaan, rezki yang halal, bertakwa, dan percaya kepada Allah pada semua keadaan.

Terlalu banyak yang hendak dicoretkan mengenai Imam yang mulia ini. Oleh kerana keterbatasan waktu, cukup setakat ini sahaja.

Semoga ilmu kita sentiasa bertambah

No comments:

Post a Comment