JANGAN LUPA SOLAT

MARI KITA BERDOA

YA ALLAH, rahmatilah TETAMU BLOG ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki tetamu blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia, Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh. Ya Allah, tolonglah kami dalam mengingatiMu, tolonglah kami untuk bersyukur kepadaMu dan Ya Allah, Tolonglah kami memperbaiki ibadah kami.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami kerana gagal melaksanakan segala perintahMu dan Ya Allah, ampunkanlah dosa kami kerana menjadi hamba yang gagal dalam mencegah kemungkaran. Ya Allah selamatkanlah kami dari segala macam balasanMu sebagaimana engkau selamatkan Nabi Lut sewaktu engkau memusnahkan umatnya. Ya Allah kurniakanlah kepada kami semangat, kekuatan dan kelapangan waktu dalam beribadah kepadaMu.


DOA MENGHINDAR H1N1

MARI RAMAIKAN SINI



Thursday, December 10, 2009

Sebab mata LELAKI GEMAR LIHAT Badan WANITA



Sebab mata LELAKI GEMAR LIHAT Badan WANITA....


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
 maka Allah telah menciptakan bentuk
 badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu,
mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman
mesti menurut perintah Allah dan RasulNya
dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki,
perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal
jika  tidak dikawal dengan iman.

Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang  perempuan
boleh dihayati oleh seorang lelaki 
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.

Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan,
maka perkara pertama yang akan  dilihatnya
ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara
oleh  seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
 Apabila rambut wanita itu telah ditutup,
 maka  mata lelaki itu akan turun ke bawah
 melihat  bentuk lehernya,
 maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi 
melihat bentuk payu daranya,
 maka wanita itu berkewajipanlah
menutup bentuk payu daranya
dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan  turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian
supaya tidak ternampak  bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan  bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan,
dan  lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat
sehingga terlihat bentuk  pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan  bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar,
kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,
walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh.

Jika beliau memakai seluar,
walau nampak besar sedikit,
nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan,
 entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal,
setelah tidak ternampak  akan bentuk kakinya, 
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki  itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan  melabuhkan kain,
atau memakai stokinyg warnanya  jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, 
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah,
agar melabuhkan  tudung menutupi bentuk tangannya
yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, 
janganlah pula kamu melihat mukanya,
 kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.

Jika wanita itu cukup soleh,
takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis  penyakit,
iaitu mata  lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan
jika  ia terlihat warna yang menyerlah
 atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan,
tolonglah jangan  memakai pakaian
yang warnanya terang-terangan sangat.

Jika hendak pakai pun,
pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah,
jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu,
dan perlu  diingatkan,
jika semua aurat telah ditutup, 
jangan anggap tugas kita telah selesai,
perlulah  pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan  mahram,
atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar  tidak diganggu gangguan luar,
mata lelaki pula  janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,
"Dan tundukkanlah pandanganmu  dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung  masih beliau tidak menutup aurat,
dan pada kaum  lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak  mencuri2 melihat wanita muslimah,
kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

wasalam………………….

No comments:

Post a Comment