JANGAN LUPA SOLAT

MARI KITA BERDOA

YA ALLAH, rahmatilah TETAMU BLOG ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki tetamu blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia, Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh. Ya Allah, tolonglah kami dalam mengingatiMu, tolonglah kami untuk bersyukur kepadaMu dan Ya Allah, Tolonglah kami memperbaiki ibadah kami.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami kerana gagal melaksanakan segala perintahMu dan Ya Allah, ampunkanlah dosa kami kerana menjadi hamba yang gagal dalam mencegah kemungkaran. Ya Allah selamatkanlah kami dari segala macam balasanMu sebagaimana engkau selamatkan Nabi Lut sewaktu engkau memusnahkan umatnya. Ya Allah kurniakanlah kepada kami semangat, kekuatan dan kelapangan waktu dalam beribadah kepadaMu.


DOA MENGHINDAR H1N1

MARI RAMAIKAN SINI



Sunday, December 6, 2009

Hukum Hadiah Kepada Pemerintah


Isu tawaran haji kepada MB Kelantan Dato' Nik Aziz Nik Mat menimbulkan pelbagai polemik. Bagi UMNO yang tak habis-habis mencari kesalahan PAS dan pemimpinnya, cuba mempersoalkan kredibiliti TGNA. Tetapi tajaan Haji tersebut merupakan kesalahan yang tidak boleh dikaitkan dengan akta rasuah. Manakala bagi penyokong TGNA Aziz habis-habisan mempertahankan tindakan tok guru mereka ini, dengan menjadikan budaya memberi hadiah kepadaa orang alim sebagai hujah keabsahan tawaran haji. Ada juga yang mempertahankan bahawa tajaan haji tersebut adalah sah, TGNA menolak hanya kerana mengelak fitnah.


Sebagai orang Islam, kita menyatakan ia halal atau haram semata-mata kerana dalil yang ditunjukkan oleh Al Quran, Sunnah, Ijma' sahabah dan qias. Haram bagi kita menyebelahi atau menyerang mana-mana pihak kerana sentimen emosi. Oleh itu, bagi memberi penjelasan bagi hukum ini, saya gali dan nukil pandangan para fuqaha dan kongsikan dengan pembaca sekalian. Semoga kita mendapat pencerahan.

HUKUM HADIAH
Dalam al-Qamus al-Fiqhi dinyatakan menurut ulama Syafiiyah, Hanabilah, Hanafiyah dan Malikiyah, hadiah adalah pemindahan pemilikan suatu harta tanpa imbalan sebagai penghormatan kepada orang yang diberi hadiah.

Sebagai sebuah aqad, hadiah memiliki tiga rukun. Pertama, adanya al-‘aqidan, iaitu pihak pemberi hadiah (al-muhdi) dan pihak yang diberi hadiah (al-muhda ilaih). Kedua, adanya ijab dan qabul. Hanya saja, dalam hal ini tidak mesti dalam bentuk redaksi (shighat) lafzhiyah. Ketiga, harta yang dihadiahkan (al-muhda). Al-Muhda (barang yang dihadiahkan) disyaratkan mesti jelas (ma‘lum), harus milik al-muhdi(pemberi hadiah), halal diperjualbelikan dan berada di tangan al-muhdi atau boleh diserahterimakan. (Sila rujuk An-Nawawi, Rawdhah ath-Thalibin wa ‘Umdah al-Muftin)

Hukum Memberi Hadiah

Hukum memberi hadiah adalah sunat. Dari Abu Hurairah Rasulullah saw bersabda:

تَهَادَوْا تَحَابُّوا

Kalian saling memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai.

(Hadith Riwayat Imam Bukhari, Al Baihaqi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar)

Abu Hurairah menyataka bahwa Rasulullah apabila diberi makanan, beliau selalu menanyakan kepada si pemberi hadiah apakah pemberian itu hadiah atau sedekah. Jika pemberian itu sedekah, Rasul tidak memakannya dan menyuruh para sahabat untuk memakan hadiah dimaksud. Jika dinyatakan pemberian itu adalah hadiah, Rasulullah menepukkan tangannya dan makan bersama sahabat. (HR Imam Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan An Nasa’i)

Hai para Muslimah, janganlah seorang wanita merasa hina (memberi hadiah) kapada wanita tetangganya walaupun hanya tungkai kuku kambing. (HR al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad).

Orang yang diberi hadiah disunahkan menerima hadiah yang diberi saudaranya dan membalasnya. Dasarnya adalah hadits `Aisyah riwayat al-Bukhari, ia berkata

Rasulullah saw. pernah menerima hadiah dan membalasnya.

Sebaliknya, Nabi saw. melarang untuk menolak hadiah:
Penuhilah (undangan) orang yang mengundang, jangan kalian tolak hadiah dan jangan kalian memukul kaum Muslim. (HR al-Bukhari Ahmad, Abu Ya‘la dan Ibn Abi Syaibah).

Sebenarnya banyak lagi dalil yang secara umum menggalakkan sesama Muslim itu memberi hadiah. Ini dilakukan sesama Muslim, antara Rasulullah dan sahabat dan sebagainya. Adalah menjadi suatu yang khusus bagi rasul, baginda bahawa baginda boleh menerima hadiah tetapi tetapi haram menerima sedeqah.

Itulah serba sedikit suasana dalam daulah Islamiah pada zaman rasulullah. Walaupun hidup mereka sangat sederhana, mereka saling member hadiah sebagai manifestasi kecintaan mereka sesama Muslim. Mereka saling memberi makanan yang merupakan amalan mulia yang menjadi budaya dalam masyarakat Islam. Sebenarnya banyak lagi hadith-hadith yang menceritakan amalan yang memberi hadiah yang disunnatkan oleh Islam.

KETIKA YANG HARAM MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH

Dalam keumuman hukum sunat memberi hadiah, Islam telah menyatakan kekhususan keharaman memberi dan menerima hadiah. Para fuqaha telah menggariskan 3 bentuk hadiah yang haram, iaitu:

1) Hadiah kerana adanya aqad hutang.
2) Hadiah kerana melakukan sesuatu keharaman
3) Hadiah kepada pemerintah

Pertama, hadiah yang diberikan karena adanya akad al-qardh (hutang). Anas ra. menuturkan, Nabi saw. pernah bersabda:

Jika salah seorang di antara kamu memberi hutang kemudian yang berhutang memberi hadiah atau membawa kamu ke atas haiwan tunggangan maka jangan kamu menaikinya dan jangan menerima hadiah itu, kecuali yang demikian itu biasa terjadi di antara keduanya sebelum hutang-piutang itu. (HR Ibn Majah).

Kedua, hadiah yang diberikan atas tindakan yang haram atau mengurangi amal ibadah. Ini juga bentuk hadiah yang haram.

Ketiga, hadiah kepada pemerintah.

Pengharaman hadiah untuk penguasa, pegawai pemerintahan, dan semisalnya telah disebutkan
dengan jelas dalam hadits-hadits. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hamid Al-Sa’idi, bahawa Nabi saw. menugaskan Ibnu Lutaibah untuk mengurusi zakat Bani Sulaim. Ketika dia sampai kepada Rasulullah saw. dan membuat perkiraan dengan baginda, dia berkata:

“Ini untuk kalian. Dan ini hadiah yang dihadiahkan kepadaku.”

Maka, Rasulullah saw. berkata: “Kenapa kamu tidak duduk saja di rumah ayahmu dan rumah ibumu,
sampai datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar?”

Lalu Rasulullah saw. berdiri dan berbicara kepada orang-orang. Beliau bersyukur kepada Allah dan memuji-Nya, lalu berkata:

“Amma ba’du. Sesungguhnya aku menugaskan beberapa orang lelaki di antara kalian untuk mengurusi hal-hal yang dikuasakan kepadaku oleh Allah. Lalu salah seorang dari kalian datang dan berkata: ‘Ini adalah milik kalian. Dan ini adalah hadiah yang dihadiahkan kepadaku.’ Kenapa dia tidak duduk saja di rumah ayahnya dan rumah ibunya, sampai datang kepadanya hadiahnya, jika dia benar? Demi Allah, tidak seorang pun dari kalian mengambil sesuatu darinya, kecuali dia akan menanggungnya pada hari kiamat.”

Dalam Talkhishul Mutasyabih, Al-Khathib mengeluarkan dari Anas, bahwa Nabi saw. bersabda.

"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima alhukam adalah kufur" [Riwayat Ahmad].

Abu Wail Syaqiq bin Salamah, salah seorang imam tabi’in, berkata: “Jika qadhi (hakim) mengambil hadiah, maka dia telah memakan suht. Dan jika dia mengambil rasuah, maka itu telah menyampaikannya kepada kekufuran.”

Diceritakan dari Masruq dari Ibnu Mas’ud, bahwa ketika dia ditanya tentang suht, apakah itu rasuah, dia menjawab: “Bukan. Tapi suht adalah bahwa seorang lelaki meminta bantuanmu untuk menghilangkan ketidakadilan atasnya, lalu dia member hadiah padamu. Maka jangan kamu terima.”

Diriwayatkan dari Buraidah dari Nabi saw., beliau bersabda: “Barangsiapa yang kami tugaskan untuk suatu pekerjaan, dan kami telah memberikan rezeki (upah)kepadanya, maka (hadiah) yang dia ambil setelah itu adalah pengkhianatan.”

Terdapat 2 pengecualian di mana pemerintah boleh menerima hadiah. Pertama, adalah hadiah yang diberi oleh pemerintah dari negara atau kekuasaan lain. Ini ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah saw dimana baginda menerima hadiah dari ketua-ketua kabilan di luar Madinah. Kedua, adalah sekiranya orang yang memberi hadiah sememangnya telah biasa memberi hadiah kepada pemerintah tersebut sebelum beliau menjawat jawatan pemerintahan. Ini bersandarkan mafhum dari potongan hadith

….Kenapa dia tidak duduk saja di rumah ayahnya dan rumah ibunya, sampai datang kepadanya hadiahnya, jika dia benar?....

Maka, sekiranya dua orang sudah sedia ada biasa memberi hadiah atas hubungan kekerabatan, persahabatan contohnya, sekiranya salah seorang dari mereka menjawat jawatan pemerintahan, mereka masih boleh meneruskan amalan tersebut.

BAGAIMANA DENGAN KES MB KELANTAN?

Ada sesetengah pihak yang berpandangan TG Nik Aziz boleh menerima tawaran mengerjakan haji tersebut sebagai hadiah kerana amalan pemberian hadiah mengerjakan haji adalah amalan biasa yang dilakukan kepada orang-orang alim. Amalan menanggung kos haji bagi sesiapa pun, baik kepada orang alim, pendakwah dan masyarakat umumnya adalah amalan yang hukumnya sunat. Ia berbalik kepada keumuman hukum sunat memberi hadiah kepada sesama manusia.

Walaubagaimana pun, bagi kes TG Nik Aziz yang memegang jawatan Menteri Besar Kelantan, beliau terikat dengan hukum sebagai pemerintah. Di mana-mana beliau boleh menerima hadiah dari ketua-ketua kerajaan lain dan juga dengan kenalan-kenalan yang biasa memberi beliau hadiah sejak sebelum beliau menjawat jawatan Menteri Besar. Jika tawaran hadiah itu datang selain dari sumber itu, adalah haram bagi beliau menerimanya.

KHATIMAH
Dalam system pemerintahan Islam, perkara yang berkaitan pemerintah ini adalah diadili dalam mahkamah mazhalim, sebuah mahkamah khusus membicarakan pertuduhan terhadap pemerintah dan pegawainya. Dalam system sekular hari ini, tiada system kehakiman sebegini, maka ramai pihak yang termangu-mangu memikirkan hukum sebenar bagi masalah sebegini.

Bagi saya, menulis pembahasan fiqh hadiah ini sebolehnya saya menulis dengan penuh kejujuran dalam menukil pandangan para fuqaha. Saya cuba menjelaskan pandangan para fuqaha sejujurnya tanpa bias samada menyebelahi atau menyerang Tuan Guru Nik Aziz. Saya berdoa agar diberi pemahaman yang benar dalam hal ini dan para pembaca juga dapat memperoleh pemahaman yang benar.


Sumber : http://jemaah-islam.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment