JANGAN LUPA SOLAT

MARI KITA BERDOA

YA ALLAH, rahmatilah TETAMU BLOG ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki tetamu blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia, Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh. Ya Allah, tolonglah kami dalam mengingatiMu, tolonglah kami untuk bersyukur kepadaMu dan Ya Allah, Tolonglah kami memperbaiki ibadah kami.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami kerana gagal melaksanakan segala perintahMu dan Ya Allah, ampunkanlah dosa kami kerana menjadi hamba yang gagal dalam mencegah kemungkaran. Ya Allah selamatkanlah kami dari segala macam balasanMu sebagaimana engkau selamatkan Nabi Lut sewaktu engkau memusnahkan umatnya. Ya Allah kurniakanlah kepada kami semangat, kekuatan dan kelapangan waktu dalam beribadah kepadaMu.


DOA MENGHINDAR H1N1

MARI RAMAIKAN SINI



Friday, September 4, 2009

KEBIADAPAN DENMARK MAHU MEMBAKAR AL-QURAN

From: Affendi Abdullah draffendi52@yahoo.co.uk


Carefour enggan memboikot barangan Israeli/American/ Denmark . KFC ( Kentucky Fried Chicken), McDonalds, Hardees, Burger King, Pizza Hutt & Starbucks telah mengambil keputusan untuk membeli barangan Denmark bagi menyelamatkan kerugian mereka.

Boikot barangan Denmark dan sampaikan berita ini kepada sesiapa sahaja !!!!! Denmark mahu membakar kitab suci al-Quran pada Sabtu akan datang di satu kawasan lapang di Coppenhagen (ibukota Denmark ), sebagai reaksi terhadap pemboikotan ummat Islam keatas barangan mereka.
Diharap kita semua bersatu memboikot barangan mereka dan berdoa kepada Allah yang Maha Berkuasa supaya menunjukan kesan rancangan jahat mereka , menjadi satu pelajaran dan iktibar kepada seluruh dunia. Sampaikan berita ini kepada mereka yang anda kenal.

Denmark semakin terdesak

Sila panjangkan berita ini. Assalaamu 'Alaikum, Berita gempar, harap anda semua tahu tentang akhbar Denmark yang telah mempersendakan Rasulullah SAW dan hingga kini mereka tidak menyesalinya..Marilah kita jadikan mereka menyesalinya. Duta Besar Denmark. Perdana Menteri dan Denmark National Channel; kesemua mereka sedang merancang berbuat sesuatu untuk menghentikan pemboikotan ummat Islam sejak bulan lepas , dimana mereka telah mengalami kerugian hingga 4 billion Euro. Jika kita meneruskan pemboikotan barangan Denmark 7 bulan atau lebih lagi , kerugian dianggarkan mencapai sekitar 80 billion Euro.

Sila sampaikan maklumat ini kepada setiap Muslim yang anda mampu usahakan. Ingatlah ; Rasulullah mungkin akan bertanya kepada anda di hari akhirat kelak : Apa yang telah anda lakukan apabila mereka mempersenda-sendakan aku? Bagaimana anda mempertahankan saya?

Minuman 7-up , LEGO, cokolat Cadbury , Hall Chewing gums atau apa-apa barangan yang mempunyai kod bar bermula dengan angka 57 . Tolong yakinkan semua ummat Islam supaya memboikot barangan yang dikeluarkan oleh negara Denmark.

No comments:

Post a Comment