JANGAN LUPA SOLAT

MARI KITA BERDOA

YA ALLAH, rahmatilah TETAMU BLOG ini, sihatkan ia, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Sesungguhnya ya Allah, hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau sahajalah kami meminta pertolongan. Ya Allah jika rezeki tetamu blog ini masih diatas langit, turunkanlah ia, jika rezekinya di dalam bumi, keluarkanlah ia, jika rezekinya jauh, dekatkanlah ia, jika rezekinya haram, sucikanlah ia dan jika rezekinya sukar, Engkau permudahkanlah ia, Ya Allah kurniakanlah kepada kami segala kebaikan yang Engkau kurniakan kepada hamba-hamba Mu yang soleh. Ya Allah, tolonglah kami dalam mengingatiMu, tolonglah kami untuk bersyukur kepadaMu dan Ya Allah, Tolonglah kami memperbaiki ibadah kami.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami kerana gagal melaksanakan segala perintahMu dan Ya Allah, ampunkanlah dosa kami kerana menjadi hamba yang gagal dalam mencegah kemungkaran. Ya Allah selamatkanlah kami dari segala macam balasanMu sebagaimana engkau selamatkan Nabi Lut sewaktu engkau memusnahkan umatnya. Ya Allah kurniakanlah kepada kami semangat, kekuatan dan kelapangan waktu dalam beribadah kepadaMu.


DOA MENGHINDAR H1N1

MARI RAMAIKAN SINI



Monday, September 28, 2009

SALAM DAN BISMILLAH














Monday, September 14, 2009

KEADILAN SAIDINA UMAR AL-KHATTAB TERHADAP RUMAH IBADAH AGAMA LAIN


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian.
Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu.
Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.
“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut . Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.
Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :
“Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”.
Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya.
Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.
Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.
Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina Umar dengan gelaran ‛Umar Gereja’ di atas sebab ini.
Saya sememangnya cukup hairan dengan sikap sebahagian dari ummat Islam dewasa ini.Mereka berhajat besar untuk memimpin dunia, tetapi tidak menzahirkan sikap yang memungkin cita-cita ini tercapai.
Terlalu banyak yang disensitifkan sehinggakan tidak mungkin berbincang dan berunding dengan yang bukan Islam sama sekali. Manakan mungkin menjadi pemimpin dunia yang majoritinya bukan Islam, sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk berinteraksi bersama mereka bagi membuktikan keadilan Islam itu sememangnya untuk semua.
Wallahu a'lam
KHALID SAMAD

Thursday, September 10, 2009

Hebatnya Kepimpinan Saidina Abu Bakar..

Saidina Abu Bakar lahir tahun 573 M. Nama asal beliau adalah abdullah ibn Abu Kuhafah, beliau diberi gelaran As-Siddiq oleh baginda SAW atas sifat benar yang ada pada beliau. Beliau terkenal dengan sifat yang lemah lembut,jujur sejak dari kecil lagi. Beliau juga tergolong dalam golongan antar insan yang mula-mula memeluk agama Islam.

Setelah saidina Abu Bakar dipilih sebagai Khalifah Rasulallah s.a.w. maka beliau menyampaikan ucapannya yang pertama kepada orang ramai:

"…..Saudara-saudara sekalian, saya sudah terpilih untuk memimpin kamu semua, dan saya bukanlah orang yang terbaik diantara kamu sekalian. Kalau saya berlaku baik bantulah saya, kalau anda sekalian melihat saya salah, maka luruskanlah. Kebenaran adalah suatu amanah, dan dusta adalah pengkhianatan.

Orang yang lemah diantara kamu adalah kuat dipandangan saya, sesudah haknya saya berikan kepadanya, Insya Allah. Orang yang kuat diantara kamu adalah lemah dipandangan saya , sehingga saya terpaksa menarik kembali hak daripadanya, Insya Allah ! Janganlah ada seseorang dari anda sekalian yang mahu meninggalkan jihad.

Apabila sesuatu kaum telah meninggalkan jihad (perjuangan dijalan Allah), maka Allah akan menimpakan kehinaan kepadanya.

Apabila kejahatan sudah meluas pada sesuatu golongan, maka Allah akan menyebarkan bencana kepada mereka.

Ikutlah saya selama saya taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Tetapi apabila saya melanggar (perintah) Allah dan RasulNya maka tidak wajib anda sekalian mentaati saya. Marilah kita solat, semoga Allah memberi Rahmat kepada anda sekalian.

"Saidina Abubakar Assiddiq telah banyak jasanya terhadap Islam dan Ummatnya. Antaranya beliau telah ikut bersama Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah, dan beliau telah berjaya menyelamatkan Negara Islam dari kehancuran desebabkan ramai yang telah berpaling tadah dan memberontak, setelah mereka mengetahui Nabi Mohammad s.a.w. telah wafat.Saidina Abubakar juga telah berjasa besar dalam mengumpulkan ayat-ayat al-Quran, yang pada mulanya ditulis dipelepah kurma, tulang-tulang, kulit-kulit, dan ramai pula yang menghafalnya. Pengumpulan kitab suci al-Quran disusun demikian rupa sesuai dengan petunjuk yang telah diberikan dizaman hayat Nabi s.a.w.

Saidina Abubakar Assiddiq telah menghantar tentara Islam memerangi orang-orang yang murtad, memerangi orang-orang enggan membayar zakat, dan memerangi nabi-nabi palsu.

Beliau juga telah berjaya mengajak ummat manusia ke jalan Allah dan terhadap mereka yang enggan diberikan pilihan, jika tak mahu masuk Islam mereka masih juga dilindungi dengan membayar sedikit cukai perlindungan (jizyah), jika masih enggan juga maka mereka seperti ini terpaksalah diperangi.

Alangkah cantiknya pemerintahan serta contoh kepimpinan yang telah ditonjolkan oleh Saidina Abu bakar kepada kita semua. Sikap berlemah lembut tapi tegas perlu ada bagi seorang kepimpinan, berlemah lembut atas perkara kemakrufan, tegas terhadap perkara-perkara yang melibatkan aqidah serta syariat Islamiah.

Berlapang dada diatas segala teguran serta nasihat daripada insan bawahan menjadi asas kepimpinan yang berjaya. "Kebenaran adalah satu amanah, dan dusta adalah satu pengkhianatan" pemimpin bukanlah seorang nabi yang sering dijaga oleh Allah dari melakukan kesalahan, tetapi pemimpin adalah insan biasa seperti manusia2 lain yang tidak akan lari dari melakukan kesalahan ksilapan serta kecacatan dalam pentadbiran mereka.

Perbetulkanlah, perbaikilah, nasihatlah, agar kepimpinan Islam tersebut dapat mengemudi bahtera yang dipandu kearah pulau yang sebenarnya menjadi tempat arah tujuan para anbiya,sahabat2 serta para awliyallah...

Tuesday, September 8, 2009

Wong Fei Hung ( Faisal Husein Wong) adalah MUSLIM (ulama).?

Wong Fei Hung ( Faisal Husein Wong) adalah MUSLIM (ulama).?

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China. Dalam film itu, karakter Wong Fei Hung diperankan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Pengobatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga supremasi kekuasaan Komunis di China.

Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu pengobatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik pengobatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu pengobatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.
Pasien klinik keluarga Wong yang meminta bantuan pengobatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar biaya pengobatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pasien yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pamrih.

Secara rahasia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.
Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarinya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung sukses melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang legendaris. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang lolos dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepang), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu niscaya akan berhasil mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli pengobatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berhasil mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berhasil menghajar lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karena ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena istri-istrinya meninggal dalam usia pendek. Setelah istri ketiganya wafat, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. Wong Fei-Hung wafat dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

Sumber: kaskus.us

TAKBIR RAYA


Kepada pengunjung blog ini, anda dibenarkan untuk copy dan print takbir raya di atas ini untuk memudahkan anda menghafal.Sebelum tu klik gambar terlebih dahulu bagi besar. Maklumlah setahun sekali, ada yang ingat-ingat lupa jugakan. Kalau nak lebih elok dan tebal di print atas high impact plastic 2mm masuklah kat web blog : http://muhassigns.blogspot.com/
Semoga hari raya Aidilfitri ini lebih bermakna buat anda sekelian.


Sunday, September 6, 2009

STICKER KULAAN BANJAR (Selangor)

Kepada kulaan yang berminat bolehlah menempahnya terus ke link : http://muhassigns.blogspot.com/


KB SELANGOR BG

KB SELANGOR W
Material : Sticker print 1200Dpi.
Saiz : 9cm X 15cm.
Harga 1 pcs : RM 3.00
Harga 2 pcs : RM 5.00

STICKER KULAAN BANJAR (Perak)

KB PERAK BG


KB PERAK W

Material: Sticker print 1200Dpi.
Saiz : 9cm X 15cm
Harga 1 pcs : RM 3.00
Harga 2 pcs : RM 5.00

STICKER KULAAN BANJAR (Bendera Malaysia)

KB MALAYSIA BG


KB MALAYSIA W
Material : Sticker print 1200Dpi
Saiz : 9cm X 15cm.
Harga 1 pcs : RM 3.00
Harga 2 pcs : RM 5.00

Saturday, September 5, 2009

STICKER KULAAN BANJAR (Kayuh Beimbai Malaysia)

STICKER KULAAN BANJAR.

Material: Sticker Print 1200Dpi.
Saiz : 9cm X 15cm.
Harga : RM 3.00

Kepada kulaan banjar yang berhajat hendak membeli sticker di atas bolehlah dapatkannya disini. anda tinggalkan pesanan sahaja di ruangan yang disediakan. Saiz anda boleh lihat di atas. Walau bagaimanapun sekiranya ada di antara kulaan hendak mengikut saiz sendiri dipersilakan boleh juga, cuma harganya berbezalah tapi taklah mahal. Kepada kulaan yang hendak tambah income pun di alu-alukan, harga istimewa untuk anda.

Anda juga boleh order melalui web blog: http://muhassigns.blogspot.com/

Friday, September 4, 2009

KEBIADAPAN DENMARK MAHU MEMBAKAR AL-QURAN

From: Affendi Abdullah draffendi52@yahoo.co.uk


Carefour enggan memboikot barangan Israeli/American/ Denmark . KFC ( Kentucky Fried Chicken), McDonalds, Hardees, Burger King, Pizza Hutt & Starbucks telah mengambil keputusan untuk membeli barangan Denmark bagi menyelamatkan kerugian mereka.

Boikot barangan Denmark dan sampaikan berita ini kepada sesiapa sahaja !!!!! Denmark mahu membakar kitab suci al-Quran pada Sabtu akan datang di satu kawasan lapang di Coppenhagen (ibukota Denmark ), sebagai reaksi terhadap pemboikotan ummat Islam keatas barangan mereka.
Diharap kita semua bersatu memboikot barangan mereka dan berdoa kepada Allah yang Maha Berkuasa supaya menunjukan kesan rancangan jahat mereka , menjadi satu pelajaran dan iktibar kepada seluruh dunia. Sampaikan berita ini kepada mereka yang anda kenal.

Denmark semakin terdesak

Sila panjangkan berita ini. Assalaamu 'Alaikum, Berita gempar, harap anda semua tahu tentang akhbar Denmark yang telah mempersendakan Rasulullah SAW dan hingga kini mereka tidak menyesalinya..Marilah kita jadikan mereka menyesalinya. Duta Besar Denmark. Perdana Menteri dan Denmark National Channel; kesemua mereka sedang merancang berbuat sesuatu untuk menghentikan pemboikotan ummat Islam sejak bulan lepas , dimana mereka telah mengalami kerugian hingga 4 billion Euro. Jika kita meneruskan pemboikotan barangan Denmark 7 bulan atau lebih lagi , kerugian dianggarkan mencapai sekitar 80 billion Euro.

Sila sampaikan maklumat ini kepada setiap Muslim yang anda mampu usahakan. Ingatlah ; Rasulullah mungkin akan bertanya kepada anda di hari akhirat kelak : Apa yang telah anda lakukan apabila mereka mempersenda-sendakan aku? Bagaimana anda mempertahankan saya?

Minuman 7-up , LEGO, cokolat Cadbury , Hall Chewing gums atau apa-apa barangan yang mempunyai kod bar bermula dengan angka 57 . Tolong yakinkan semua ummat Islam supaya memboikot barangan yang dikeluarkan oleh negara Denmark.

Thursday, September 3, 2009

DOA AMALAN HARIAN









Wednesday, September 2, 2009

DOA MENGELAK PENYAKIT MENULAR H1N1

















Memandangkan dunia sekarang dilanda musibah dan ujian Allah SWT, pasti ada hikmah disebaliknya yang perlu kita fikirkan dan renungkan mengapa Allah SWT mencipta penyakit H1N1. Dikesempatan dibulan ramadan ini, adakah kita masih lalai dan alpa dan masih terus menerus dengan perbuatan yang tidak menjurus ke arah syurga sebaliknya masih lagi dengan hala tuju ke arah neraka, faham-fahamlah sendiri, kita sudah diberi panduan oleh Allah SWT dalam Al-Quran dan Hadis nabi, kemana hala tuju diri kita ini. panduan sudah diberikan dalam surah Al-Mukminun ayat 1 hingga ayat 11. Anda bacalah dan fahamilah maknanya, kalau tak faham tanya ustaz-ustaz dan alim ulamak, ramai kat keliling kita tentang ayat ini.

Ajal maut di tangan Tuhan. Bila-bila masa sahaja kita akan di panggilNya dalam bentuk yang tidak kita sangka. Oleh itu, kita sama-samalah beringat dan mengingati diri kita, fokuskan hala tuju diri kita kearah SYURGA yang kekal abadi selama-lamanya. wallahuaklam.